Welcome to My Blog


Tuesday 4 September 2018

all about u abah


gambar abah dan umi..4 tahun yang lalu gambar ini..bukan main susah nak ajak abah bergambar..


 gambar abah dengan pakaian seragam polis..sekarang ini tiada lagi nampak kelibat abah dengan pakaian polis...baju abah tersimpan kemas dalam almari..


 gambar terakhir untuk tahun 2018 dan raya yang terakhir kita sambut bersama abah..ajal dah pun menjemput abah masa ini..tapi tiada siapa yang tahu bila masa maut datang..happy je tengok gambar ini...lepas ni tiada lagi gambar abah...


 tiada lagi suara abah yang garang panggil kami tiga beradik..pusara abah inilah kami ziarah abah...pusara inilah tempat tinggal abah jua..


saat paling hiba dan sayusayu, melihat jenazah abah diusung untuk di tanam ke dalam liang lahad..meninggalnya abah tiada lagi kata-kata..menjadi pendoman agar sentiasa terus kuat dan tabah mengharungi kehidupan tanpa abah...walaupun abah tiada lagi...abah tetap kami rasakan dalam hati kami...memori abah menjadi peneman kami...

akhir kata...mungkin sudah terlambat...tira sayangkan abah..abah kekasih awal dan akhir dalam hidup tira...semoga suatu saat nanti tira bakal jumpa pengganti abah untuk menjaga tira...

abah

 tahun 2018 merupakan tahun yang paling sayu dan sedih dalam hidup kami sekeluarga..orang yang paling dekat dan sayang bah kan merupakan ketua keluarga dalam hidup kami telah meninggalkan kami semua untuk selamanya..

tarikh keramat 23/7/2018 adalah tarikh di mana abah menghembuskan nafas dalam pangkuan kami..tak dapat rasa nak bayangkan betapa sedihnya kehilangan orang paling dekat..

abah..walaupun abah dah tiada lagi di depan mata kami semua...tapi abah tetap terpahat dalam hati dan memori kami selamanya..semoga abah damai di alam sana..doa kami selalu mengiringi abah selalu..

abah...terima kasih berikan yang terbaik dalam hidup tira..mengajar tira erti kehidupan dunia ini dan kepahitan dalam mengharungi dugaan yang selalu datang..terima kasih juga abah, dah berikan pendidikan yang tinggi sampai degree tir belajar..support tira hingga tira capai segulung ijazah..

abah...tira takkan lupakan jasa pengorbanan abah buat tira..tira janji akan jaga umi dan adik2..semoga tira kuat seperti abah dalam menjaga keluarga ini...

al-fatihah buat abah...
damailah abah di sana..


Friday 16 October 2015

nak capai sesuatu impian bukanlah mudah...sering kali tersungkur untuk berjaya...kalau kita lemah sekali pun..jangan pernah lupa..yang kita selalu ada bersama keluarga..kerana merekalah tempat aku terus bertahan saat ini..tempat aku mencari sumber inspirasi dan semangat dalam menghadapi pelbagai dugaan yang di lalui..semoga aku terus tabah meniti saat hari-hari seterusnya...
#kipidadatira#

Tuesday 6 October 2015

ketika kamu merasa sedih, pejamkanlah matamu dan katakanlah di dalam hatimu..
"inilah perjalanan hidupku...Allah Ta'ala yang letakkan aku di sini...semua ini...perancangan Allah..
Jadi aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapannya dan aku terima Qada dan Qadar diriku..."sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hikmahnya...
Terima kasih Allah, kerana mengasihaniku....

Throw back cerita lepas... Hati akan rasa gembira bila dapat berhimpun bersama keluarga.. yang paling penting sekali... dapat jumpa dengan semua anak buah umi walaupun ada yang tak dapat balik, tapi yang ini pun dah cukup seronok dapat berhimpun bersama... Jom usha gambar2 lepas... hehehe..
maaflah xdop kejaan ginilah jadinya...upload gambar...






see you again..(@_^)

Friday 8 November 2013

Students Foundation IT (2012/2013)

hyew,,,semua yang membaca blog saya....saya ingin menunjukkan gambar kenangan saya bersama rakan seperjuangan saya semasa berada di foundation. Merekalah semua orang yang pertama saya mengenali semasa berada di kos it... Mereka jugalah lawan saya dalam peperangan exam.. Terdapat pelbagai masalah yang kami kongsi antara suka dan duka...


- hari mula-mula perkenalan sem 1 (2012/2013)





- gambar semasa selesainya persembahan english nite sem 1 


- pergambaran di lokasi lab (pppa) dan di mana juga ini adalah hari terakhir arif berada di tatiuc sebelum berhenti masuk spa...


- bbq bersama classmate sem 2...


disebalik gambar semua...ada cerita...sekarang ini masing-masing membawa haluan sendiri apabila tamatnya foundation sem 3...aku, syirah dan fizi berada kos yang sama iaitu (bachelor in computer science)..manakala atul, azrin, rifat dan dillah kos (bachelor in computer science&business management)....